Tuesday, April 22, 2014

Kambing Golek Sekitar Bangi, Kajang, Lembah Kelang

Pakej Kambing Golek Ekonomi ( RM 1000 )
Kambing  - anggaran 20kg / frozen lamb
Sos Black Papper
Coslow
Khidmat pelayan untuk hidangan




Pakej Kambing Golek Standard ( RM 1200 )
Kambing  - anggaran 20kg / frozen lamb
Sos Black Papper
Coslow
Roti
Kentang Rebus
Salad
Khidmat pelayan untuk hidangan

Pakej ini ditawarkan kepada pelanggan kami meliputi khidmat penuh dari penyedian kambing, pemprosesan, memerap, memanggang, pembungkusan, memanggang semula dan grill ditempat pelanggan, menghiris kambing panggang dan serving. Segala kelengkapan seperti set burner, plate, dan tissue disertakan oleh pihak saya.

Bagi membantu semua lapisan masyarakat menikmati keenakan kambing panggang berempah kami, pakej standard ini menggunakan kambing sejuk-beku atau frozen chevon/lamb. Pun begitu dengan bantuan rempah ratus rahsia terpilih, kami mampu menawarkan kepada anda rasa enak kambing panggang berempah seperti yang terdapat pada pakej-pakej kami yang lain.

Pakej ini untuk jangkaan kurang dari 100 orang tetamu yang menikmati hidangan kambing panggang kami disamping terdapat menu utama yang lain.

Kambing untuk akikah di Bangi, Selangor



Berminat untuk mendapatkan kambing bagi program akikah, hubungi untuk maklumat lanjut:

Zainuddin : 012-3312 440
Alif : 012-2581 819

Monday, April 21, 2014

Daging / tulang lembu untuk tempahan

Daging lembu dan tulang rusuk siap sedia untuk di hantar ke Hypermarket Giant





 Anda mencari daging/tulang lembu bagi :
  • kenduri kendara
  • majlis2 keramaian
  • catering
  • jualan pasar

Untuk tempahan hubungi:

Zainuddin : 012-3312 440
Alif          : 012-2581 819






Kambing Aqiqah Masak Kari

Hari Jumaat ( 18 April 2014 ) di temani hujan rahmat,
kari kambing tempahan pelanggan kami sediakan.




Untuk tempahan hubungi:

Zainuddin : 012-3312 440
Alif          : 012-2581 819

Tuesday, April 15, 2014

Perkhidmatan Sembelihan Aqiqah

Pihak kami menawarkan sembelihan kambing aqiqah bagi kawasan Bangi, Kajang, Nilai, Putrajaya, Serdang, Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan berhampiran. Harga yang di tawarkan adalah seperti di bawah:

Rm 650 - Rm 850 / ekor - Siap sembelih




Kami juga menawarkan perkhidmatan tambahan:

Golek
Rm 500/ekor - harga termasuk servis menghidang


Kari kambing
Rm 200/ekor



Untuk tempahan hubungi:

Zainuddin : 012-3312 440
Alif          : 012-2581 819

Aqiqah/akikah

AKIKAH / AQIQAH ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah.

"Setiap anak yang lahir itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Aqiqah untuk anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmuzi). 

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Daging aqiqah sunat  dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.


Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.

#pihak kami ada menyediakan perkhidmatan sembelihan aqiqah dan bagi sesiapa yang berniat untuk melakukannya boleh hubungi :

Zainuddin : 012-3312 440
Alif          : 012-2581 819