AKIKAH / AQIQAH ialah
penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir
sebagai tanda bersyukur kepada Allah.
"Setiap anak yang lahir
itu terpelihara / tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada
hari ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambutnya dan diberi nama."
(Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
HUKUM AQIQAH
Hukum aqiqah itu adalah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut) kecuali dinazarkan hukumnya menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah
ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat
belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa
selagi anak itu belum baligh.
Jika anak telah baligh,
maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang
berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan
hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w.
pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat
menjadi Rasul.
Aqiqah untuk anak lelaki
disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan
perempuan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa
Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah
untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak
perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Tirmuzi).
Daripada Ibnu Abbas r.a.
pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk
Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Niat penyembelihan aqiqah: "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."
Daging aqiqah sunat
dimasak dengan masakan yang manis dan disedekahkan kepada fakir miskin
atau dihadiahkan kepada orang yang mampu.
Orang kafir tidak boleh diberi makan daging korban dan daging aqiqah.
Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban atau aqiqah orang NAZAR, haram dimakan atau diambil oleh orang yang bernazar tersebut.
#pihak kami ada menyediakan perkhidmatan sembelihan aqiqah dan bagi sesiapa yang berniat untuk melakukannya boleh hubungi :
Zainuddin : 012-3312 440
Alif : 012-2581 819
No comments:
Post a Comment